13 Feb 2016

Cinta Teruna Kimchi

 Assalammualaikum..
Drama Cinta Teruna Kimchi akan mula bersiaran di Slot Zehra Tv3 mulai 28 Januari ini, setiap Rabu, Khamis dan Jumaat. Slot Zehra kini ditayangkan 3 hari seminggu. Drama Cinta Teruna Kimchi ini dilakonkan oleh Nazim Othman, Johan As'aari, Risteena Munim, Niena Baharun dan ramai lagi. Tak silap aku drama ni mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah. 

Ada gak yang cakap, jalan cerita ini ada sedikit persamaan dengan filem Strawberry Cinta lakonan Yana Samsuddin dan Piere Andre tu, yang mana dalam filem tu anak perempuan dari Jepun cari maknya kat Malaysia, manakala dalam drama ni pulak jejaka dari Korea mencari ayahnya yang berasal dari Malaysia. Part tu jerla yang sama, tapi jalan cerita secara keseluruhannya mungkin berbeza lah kan. Nazim Othman yang akan jadi jejaka dari Korea tuh, wahh agak menarik juga sebab kena cakap Korea semua nanti kan..


Ok lepas tengok drama nie lepas beberapa episode boleh tahan jugakla jalan cerita dia.. Nazim nampakla kekoreaan dia disitu.. Tambah-tambah pulak OST cerita ni best-best jugak.. Disebabkan aku minatla jugak lagu-lagu korea nie.. Layan la jugak cerita nie walaupon ada segelintir pihak yang mengatakan drama ni hampeh.. Okla drama nie tak heavy sangat nak kena nangis2 ataupon perah otak untuk berfikir.. Sesuaila dengan jiwa aku yang masih remaja nie.. hikhik remaja sangat.


Tak sabar pulak nak tau kesudahan cerita nie.. 



Untungla si Johan ni dapat awek korea

oklah sampai sini je sempat ilah review sal drama nie. Thanks for reading my first review.  Oklah so nanti kite sambung lagi....Salam

No comments:

Post a Comment