13 Feb 2016

Selamatkah Suntikan Vit C

Risiko Suntikan Vitamin C

  1. Air embolism - ini berlaku apabila terdapat 'bubble' atau gelembung udara di dalam picagari tersebut. Hal ini boleh menyebabkan kematian serta-merta di mana gelembung udara tersebut boleh terus ke jantung dan menyebabkan salur darah tersumbat. Anda boleh pastikan tiada gelembung udara dengan membuang sedikit ubat tersebut. Amat penting untuk memilih ahli terlatih sahaja untuk menyuntik anda. 
  2. Jangkitan bakteria - ini boleh terjadi apabila bakteria yang memang terdapat secara semulajadi pada permukaan kulit memasuki ke dalam salur darah melalui jarum suntikan. Walaupun kebiasaannya sebelum melakukan suntikan, kawasan tersebut akan disapu dengan alkohol, namun risiko mendapat jangkitan tetap ada. Apatah lagi jika peralatan yang digunakan tidak disteril dengan betul. Simptom yang dialami adalah rasa sakit, bengkak dan kemerahan di kawasan suntikan.
  3. Tersalah tempat cucuk - vitamin ini biasanya dicucuk di kawasan pelipat siku kita. Di kawasan tersebut, selain terdapat saluran vena, saluran arteri yang membawa oksigen juga terdapat di situ. Kesilapan tempat suntikan boleh menyebabkan kandungan oksigen di dalam darah menurun dan boleh menyebabkan gangren (sel mati). Selain itu, jika suntikan tersebut terkumpul di bawah lapisan tisu, ianya akan menyebabkan sakit, bengkak dan rasa kebas.
  4. Salur darah menjadi keras - Setelah dicucuk berkali-kali, salur darah akan menjadi sempit dan berparut. Kesannya, salur darah menjadi keras dan tidak boleh digunakan lagi

No comments:

Post a Comment