23 Apr 2016

MR BOSS MISS STALKER

Assalamualaikum =)

Hujung2 minggu ni bosan pulak tak dak nak buat apa. Semalam aku ada tertengok 1 cerita baru kat tv3. Macam menarik jalan cerita dia. Dah lama Asyraf Muslim tak berlakon. Jom kita baca sinopsis dulu bagi cerita ni. 
Saphire Screen Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Mr. Boss, Miss Stalker karya Aesya Azahar. Ashraf Muslim dan Mia Ahmad dipilih sebagai pelakon utama. Drama bersiri 20 episod arahan Heykal Hanafiah. Bakal disiarkan di slot Dahlia mulai 22 April 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

“Antara nyata dan mimpi…
Ada hati yang ingin kutawan…
Tapi, dalam lain dimensi…
Hatiku kau jadikan tawanan….”

Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.
Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.
Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).
Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.
Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

Senarai Pelakon MR BOSS MISS STALKER

Haaa tahu tak pelakon-pelakon drama ni? Sebab utama aku drama ni Asyraf Muslim dan sebab yang kedua pulak Riz Amin. Haha.. Aku memang suka tengok orang tinggi ni berlakon. Sejuk ja mata memandang. Hati pon dok dup dap dup dap. Gedik sangat. 

Ashraf Muslim >> Hariz Zhafran
Mia Ahmad >> Sara Azreen
Riz Amin >> Izzudin
Miera Leyana >> Ria Alisya
Nazeera Sardi >> Liza
Shazmeer >> Khairul
Aman Shah >> Encik Hamzah
Zulkifli Ismail >> Tan Sri Jalil



Alaa ensemnya Riz Amin ni






Tak sabar nak tunggu kesudahan drama ni. Sapala yang dalang sebenar pembunuhan Tan Sri Jalil. Untungla dia Mia Ahmad ni dapat belakon dengan jejeka-jejaka tinggi lampai ni

Bagi sapa yang terlepas dan suka download drama-drama melayu ni kat bawah nanti aku bagi kt korang linknya k.

Selamat Menonton semua
bye
Salam =)


Duda Terlajak Laris

Assalamualaikum =)

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3


Ada drama baru pulak niii yang menggantikan drama Tundukkan Playboy Itu Slot Akasia TV3! Waktu tayangan Isnin-Khamis pukul 7.00 malam.

Kenapa aku buat entry ni? Sbb cerita ini agak menarik minat akula nak tengok cerita ni. Bukan senang aku nak suka tengok drama melayu. Hehe. Nak harapkan baca novel, emm mungkin lambat lagila aku nak tau ending dia.
Tapi......Duda Terlajak Laris ni best ke cerita dia? Erm...

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.
Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.
Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.
Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

SENARAI PELAKON DUDA TERLAJAK LARIS
Haaa tahu tak pelakon-pelakon drama Duda Terlajak Laris ni? Yang pasti heroin dia aku suka! Yela aku suka sebab dia berlakon dengan slumber dan tak cover cun. Hero Duda Terlajak Laris ni? Boleh dikatakan hensem dan sado jugakla. 

Idris Khan membawa watak Zafran Aldrin(Zack) -HERO
Zara Zya membawa watak Pehah/Inas -HEROIN
Bella Nazari membawa watak Idayu
Wawa Zainal membawa watak Anis Nabihah











ok mesti korang pon tak sabar nak tengokkan. Bagi korang yang suka tengok 2 3 kali nah aku bagi link untuk korang tengok bebanyak kali dan download cerita ni



Okay tak sabar-sabar nak tengok Duda Terlajak Laris ni! Sebab apa?

1. Sebab Zara Zya berlakon hehehe

ok bye
salam =)




22 Apr 2016

Kecewa


Assalamualaikum =)

Tujuan aku menulis entry tengah-tengah malam ni bukanla nak buat luahan perasaan. Lebih-lebih lagi nak cerita masalah pada umum. Tapi...
Tapi tula, Bagi aku ni lebih kepada perkongsianla. Kadang-kadang kita mesti ada terasa dengan apa yang orang sekeliling kita buat. Sama ada mereka perasan atau tak perbuatan meraka tu menyinggung hati ni.

Yelah kalau boleh nak luahkan semua, tapi tulah hati ni dia cakap "eh tak payahlah luahkan. Kau simpan je. Simpan rapi, sebab Allah tahu apa yang kau rasa".So setiap kali rasa nak luahkan tu, cepat-cepat lah bebual sendiri dalam hati dan berdoa juga agar perasaan ini kembali reda.

Dan Alhamdulillah ianya kembali reda =)
Kadang tu aku terfikir sejenak.....
Setiap apa yang berlaku tu dengan izin Allah SWT.
Pasti ada sebabnya, pasti ada hikmahnya.
Kita hanya mampu berusaha melakukan yang terbaik, berdoa dan bertawakal.
Selebihnya hanya Allah SWT yang menentukan.


Maka aku cuba bersabar....
Maka aku cuba redha.....
Maka aku cuba tenangkan fikiran dan hati....
Maka aku cuba pujuk hati.....


Tak perlu nak mengeluh, mengadu-domba atau bergossip pada orang lain.
Cukuplah hanya mengadu pada Allah memohon agar DIA permudahkan segala urusan kita, berikan kesabaran pada kita, kekuatan iman serta keteguhan jiwa.
Itu sudah memadai.

Tidak mudah, namun no harm trying.
In Sha Allah.

Mesti korang penah rasa macam ni jgak kan?

Memaafkan

Assalamualaikum =)
Setiap orang melakukan kesilapan, sama ada kesilapan itu kecil mahupun sebaliknya. Kadang - kadang, once orang dah buat silap kita rasa annoying gila kat orang tu. Sampai tahap tak nak pandang muka dah!

Bukan senang nak maafkan orang, perkataan MAAF itu sendiri pun sukar untuk kita ungkapkan apetah lagi untuk memaafkan. Ha'aa, memanglah. Itu hak individu tu sendiri. Nak pandang muka ke tidak, depends. Siapa kita untuk menghalang.

Perangai manusia, attitude manusia ni berbeza.
Annoying ke tidak, tu biasalah. Manusia. Human being.
Even kadang kita pun ada buat silap, yang kadang kita tak perasan.

Tak salah untuk kita minta maaf pada seseorang. Dan tak salah, kalau kita nak memaafkan orang.
Aku ada baca satu tweet ni, dia cakap "memang susah kita nak maafkan orang sebab kadang - kadang luka yang diberikan sangat dalam dan perit untuk ditelan. Tapi kau ingat je Allah. Kau maafkan je dia kerana Allah". Dan aku setuju dengan benda tu.

Tapi, adakah anda tahu dengan memaafkan seseorang anda akan dapat sesuatu yang agak sukar untuk anda perolehi di dunia realiti sekarang.

Apakah ia? KETENANGAN.

Tak usah lah nak berdendam. Sebab dendam tu tak bawa ke mana. Silap hari bulan, dia boleh bagi effect kat diri sendiri.

Maafkan je seseorang tu dengan ikhlas, biarpun ambil masa lama macam mana sekalipun.

Dalam masa yang sama, kau cuba doakan sesuatu yang terbaik untuk orang tu. Belajarlah untuk memaafkan untuk kita memperoleh ketenangan. Sesungguhnya, pemaaf itu sifat orang beriman. :)

Cuba... =D

Salam,


12 Apr 2016

Mamat Burger Bakar

Assalamualaikum =)
Hai korang

Korang pernah makan burger? Gila tak pernah makan. Makanan favourite lepas nasi ok. haha. Over sangat. Yela bila umur makin meningkat ni burger jadi pilihan kedua tuk dinner. Daging, salad cincang dia, tomata, timun dengan sos special dia ditambah pulak dengan telur memang special la.
Ok malam ni aku nak ajak korang pergi 1 tempat yang special di Kulim khas tuk penggemar burger macam aku ni.
Nama kedai dia.. Jeng.Jeng.Jeng
Tengok tagline dia. haha. Rugi sapa yang tak makan burger

Kedai ni terletak dengan Kilang Lama bertentangan dengan tapak pasar malam. Nak senang lagi korang cari Pejabat Mara. Haa dia berdepan dengan Pejabat Mara. Ataupon korang cari Kulim Mall. Memang senang la nak cari kedai ni. Tepi jalan ja. Tak Jumpa?Ala korang semua nak senang cari la sendiri. hehe.
Jalan Kelang Lama..serdang..Kulim,
 Phone: 013-5999290
Nah skali no phone sekali aku bagi, tak jumpa juga tak tau la aku nak kta apa. Kempunan la korang nak makan. Mamat burger ni buka dari petang sampai malam. Malam tu tak tau la sampai pukul berapa sebab aku tak pernah pulak tunggu sampai kedai dia tutup. Selalunya mungkin sampai 3 ke 4 pagi kot sebab tu dah jadi satu tempat budak-budak muda dan ada juga family yang makan kat situ.
Ni antara surrounding dia. Aku ambil dekat facebook diaorang
Ok malam tu macam biasa aku keluar g makan dengan kawan-kawan seangkatan aku la.
Not bad la keadaan dalam kedai tu. Banyak tempat nak makan. Nak makan bawah purnama bulan boleh, nak makan depan skrin besar pon boleh. Kami macam biasa pilih dalam kedai yang banyak pencahayaan. Sebab? Sebab apa lagi nak selfie la. haha. Lupakan yang tu. Aku nak cerita pasal kesedapan makan kat situ.

Masuk je dalam kedai tu, waiter dia terus datang bagi menu, Kami yang 1st timer datang ni terpinga-pinga nak order apa. Mungkin dia pon perasan riak muka sorang-sorang macam kucing terlekat tulang dia pon explain apa yang ada kat menu diorang. Alhamdulillah walaupon macam-macam kami minta tambah minta kurang diorang terima. Almaklumla sorang-sorang agak cerewet bab makan ni. Sorang tak nak sayur la, nak daging saja la, nak sos lebih la.
Bolehla sapa yang nak menjamu mata sebab abang burger semuanya laki.haha

Sementara burger yang diorder sampai apa lagi ni la keja kami. Orang belah kanan skali ni selalu order burger tak nak roti.
Ni antara menu yang diorang sediakan untuk santapan dinner korang.

Aku malam tu order meatball je. Sedap. Banyak pulak tu meatball dia. Nampak macam sikit sekali makan memang kenyang. Mungkin portion dia sesuai dengan perut aku. Bagi yang makan banyak tu mungkin kena order burger jugak untuk betol-betol kenyang.


Gambar-gambar ni kredit dekat tuan punya burger. Kami kalau sampai makanan tak tengok kiri kanan dah.

Mengiurkan tak. Gambar ni boleh buat korang terliur kan. Tu belom makan lagi. Memang rugi kalau korang tak try. Sebab sos dia diorang yang buat sendiri. Roti lembut ja bila makan, Daging dia pulak memang dimasak dengan baik. Lain dari yang lain. Kedai Mamat Burger Bakar ni aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang.

So tu je la aku nak bagitau korang kedai yang sedap area kulim ni. Nanti kalau aku ada g makan mana-mana tempat yang sedap lagi aku update na.

Bye
Salam =) 

10 Apr 2016

Kutip-kutip ABC

Assalamualaikum
Hai

Malam ni aku ingat nak ajak korang pegi 1 tempat yang best la untuk korang. Tempat apa? Tempat makan la yang paling best. haha
Disebabkan kawan-kawan aku ni jenis suka explore makanan aku pon terikut skali. 
Kalau korang datang ke Kulim,kedah korang patut try makan kat kedai ni. Walaupon kulim ni terkenal dengan kawasan perindustrian tapi kedai makan dia sedap-sedap juga tau. 
KUTIP-KUTIP ABC
Unik tak nama kedai ni. Kedai ni oldschool sikit dan sapa penggemar barang-barang la dan sapa yang nak mengimbau kisah-kisah silam memang sesuai la makan kat sini. Memang nostalgia gila. Barang dari zaman korang kecik-kecik pon boleh jumpa tau. Dekat setengah jam jugak la aku dengan kawan aku dok bercerita pasal barang-barang dalam kedai tu. 
Nah aku bagi intro sikit dekat uols semua keadaaan dalam kedai ni

Memang tak ada dah kat jalan motor ni. Gila klasik
"kipas ni dulu kat rumah aku pon ada". mungkin ini yang abang tu fikir.haha


korang pernah tak pakai helmet ni. Aku pernah ok.

Oldschool kan kedai ni. Tapi kebanyakan makanan diorang serve adalah western. Unikkan. Unik la bagi aku yang baru nak kenal dunia luar ni. hehe. Yela baru setahun jagung berada jauh dari ketiak ibu. So ni la keja kami sementara nak tunggu makanan sampai. Tangkap gambar selagi mampu.haha. Sebab diorang la aku gain weight sebab banyak makan malam. Dulu iols kecik ok.



 Itu sementara nak tunggu makanan, bila dah dapat makanan gambar pon x sempat nak ambil dah. Fokus makan. Aku order chikenchop. Memang sedap ditambah pulak dengan sos blackpaper. Chicken chop yang ini sedap dari segi texture ayam dia. Memang korang akan rasa tak rugi la untuk menjamu selera di sana. Kentang pon dapat panas-panas lagi.

Makanan dia average je and price quite reasonable. So korang boleh la try makanan dia, insyallah puas hati. 
Alamat Kutip-Kutip ABC
38, Jalan Bukit Awi, Taman Budiman, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia
Okla sampai sini saja yang sempat aku tulis untuk tatapan korang. Nanti apa-apa aku update lagi

Bye
Salam =)


9 Apr 2016

Buah Hati

Assalamualaikm..
Bermulala hujung minggu yang dinanti... Bolehla aku relax dari kerja yang tak pernah nak habis tu..

So mlm nie aku nak update kejap kisah buah hati aku yang duduk nun jauh di kota kuala Lumpur.
Memandang aku hanya dapat cuti hari ahad, so aku buat plan nak jumpa jadi terpaksala aku ambil cuti tambahan semata-mata nak jumpa buah hati. Plan yang dirancang dengan teliti telah dibuat 2 minggu lebih awal. Yela, bukan senang nak minta cuti. Perlu bg alasan yang kukuh dulu baru diluluskan. 
Hari yang dinantikan telah tiba. 
Aku mampu naik myvi je. Tapi nie la kesayangan aku.
Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam lebih jugak la. Almaklumla la pemandu berhemah. Ambil kata-kata mak aku biar lambat asal selamat, biarla orang nak potong kita. kita kene sabar. 
Lepas penat drive aku berenti kat Sungai Perak tuk makan tghhari. Lepas dah isi perut isi minyak aku sambung balik drive. Time drive tu sambil-sambil layan la lagu korea so x dela letih sangat.. hehe.. Hati tengah berkobar-kobar nak jumpa buah hati. Lama jugak kot kitaorang tak jumpa. Rindu pulak rasanya. 
Drive punya drive nasib baik tak terlepas exit kalau tak lambat lagi la nak jumpa dengan si dia.. 
Alhamdulillah dalam pukul 3 petang macam tu aku sampai... Tunggu punya tunggu dekat rumah rupanya si buah hati tengah tdo.. Sedih ! Mai dari kedah sampai ke KL semata-mata nak jumpa dia, dia boleh tido. 

Meh tengok buah hati aku nie.


.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nila buah hati aku.. hehe
Nama dia Firash Hakimy. Pantang nampak camera keja nak possing je keja.. Mana taknya ibu asyik pegang camera nak tangkap.

kalau dengan aku tu asyik nak buat muka tak puas hati.
 Penat aku senyum sorang-sorang.




Gambar yang last nie membuktikan dia kaki selfie. Haha
Akhirnya dapatla aku lepas rindu kt buah hati aku nie. Kadang tu setahun sekali nak jumpa pon susah.Yela sorang utara sorang selatan. Nak buat macam mana kan kalau orang dah berumah tangga kena la ikot suami. 
Lepas 2 hari bermalam kat sana, aku pon balik kedah. Rasa macam kejap je. Tak sempat nak main banyak-banyak dengan firash. Harap firash tak lupala Makcik dia yang comey nie.. haha
So oklah, sampai sini saja yang sempat aku update. Insyallah kalau ada masa lagi, aku akan update lagi. Tunggu betul - betul free baru Iollsss update, =)

Salam, Bye