3 Apr 2016

Oh! My Ghost

Assalamualaikm, hai semua

Ok harini aku terasa nak menaip pulak, oleh sebab aku baru je habis tgk cerita korea so aku nak review la sikit. Kot korang teringin nak tengok. Ikutkan tu nak review lama dah, tapi tula masa tu tak sempat. Drama yang aku nak review tu drama OH! MY GHOST. 


Drama ni ada 16 episode. Standart drama korea la.. Panjang-panjang nanti boring pula. Dilakonkan oleh Park Bo Young, Jo Jung Suk, Kim Seul Gi, Lim Ju Hwan dan ramai lagi. Jarang tengok Park Bo Young ni berlakon drama sebab die ni lebih banyak berlakon dalam filem gitu.
Awalnya agak stress juga tengok karakter watak Park Bo Young sebagai Na Bong Sun yang lemah, senang dibuli, rendah diri dan macam2 lagi tapi bila wataknya bertukar menjadi sebaliknya jadi lawak la plak hehehe.
Kebolehan Park Bo Young menukar karakter wataknya dari pasif menjadi agressif dan agak gedik membuatkan jalan cerita bertambah happening. Rasanya kesemua watak utama mempunyai karakter yang unik dan menarik. Watak Choi Sung Jae yang dilakonkan oleh Lim Ju Hwan juga agak best untuk ditonton sebab ianya akan membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada wataknya baik atau jahat.

Aku juga suka tengok gelagat rakan sekerja Na Bong Sun yang giler2 tu tambah2 si sous chef tu, disamping hubungan baik antara bomoh dan hantu Shin Soon Ae yang agak sweet tu, dah macam kawan baik gitu. Awalnya aku sangka watak Sung Jae ni sememangnya jahat walaupun muka die nampak baik dan mesra tapi rupa-rupanya die jadi jahat sebab kena rasuk dengan roh jahat.
Setiap drama mesti ada konfliks kan. klau tak x best la. Konfliks terjadi bila watak Kang Sun Woo konfius sama ada dia cintakan Bong Sun ataupun roh Shin Soon Ae yang menggunakan badan Na Bong Sun tu. Disamping itu, Na Bong Sun dan roh Shin Soon Ae sama2 cintakan K.Sung Woo. 
Lepas kes Shin Soon Ae selesai 
Na Bong Sun dan Kang Sun Woo juga berakhir dengan happy apabila Na Bong Sun balik dari luar negara dan kembali ke pangkuan kekasihnya. Ending drama ni memang happy ending so mmg tak menyesal tengok cerita ni. Semua ada dalam cerita ni sedih, lawak, curiosity dan macam2 lagi

Jom layan scene2 yang menarik dalam drama ni..




Scene ni paling best.. Suka hati dia ja nak park tgn atas kepala org..haha


Ni lagi satu.. 


1 comment: