8 Apr 2016

Salahkah Dia?

Hai korang
Selamat malam... 
Tepat kol 12 mlm sebelum tido aku teringat kisah kawan aku...

Salahkah dia nak kawen awal?
Salahkah dia bercinta lepas kawen?
Salahkah dia terima?
Dia seorang rakan, seorang isteri yang cantik, dan muda lagi... NAMUN ujian bg aku begitu berat untuk dia tanggung. Aku sebagai kawan hanya boleh bg nasihat semampu aku dan ambil pengajaran je untuk peringatan diri sendiri. 
Dia kenal dgn suami dia dalam jangka masa tak lama dalam masa 2 ke 3 bulan macam tu, masing-masing pon dalam usia yang agak muda la bg aku. So tackle punya tackle dapat. Bahasa, ayat budi bahasa cukup cantik. Perilaku dengan rakan sekerja pon bagus. Dalam perkenalan diorang tu semuanya manis-manis belaka. Tula korang cakapkan waktu bercinta semuanya manis, semuanya betul. 
Then diorang kawen, mula-mula awal perkahwinan semua bahagia indah. honeymoon sana, bercuti sini, makan angin sana, makan angin sini almaklumla baru kawen. Nak dijadikan cerita lepas ja berkahwin mula keluar perangai yang sebenar. 
SIFAT SUKA MENGONGKONG. 
Apa perasan korang apabila lepas kawen, korang dah tak boleh nak lepak dengan kawan-kawan, tak boleh nak jalan-jalan, hatta nak jumpa family sendiri pon tak boleh. Walaupon dh mnta kebenaran.

Sedihkan!!

Dulu masa bercinta sayang-sayang, klau bergaduh masyallah macam-macam keluar. 
Boleh dikatakan wajib bgtau p mana, buat apa, dengan siapa. Mungkin pada mulanya boleh dikatakan caring la tapi kalau terlalu kerap emm..
Agak berat jgakla dugaan yang terpaksa dia tanggung. Aku sebagai kawan hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia. 
Motif aku tulis entry nie bukan sebab nak dedahkan AIB dia mahupon suami dia yang suka mengongkong tu. Aku cuma nak share yang kisah rumah tangga ada sahaja yang boleh membuat kita terpegun. Boleh membuat kita tertanya-tanya... Iya ke? Boleh ke? Kenapa macam tu? Namun realiti hidup... begitulah!
Bak kata mak aku.. 
"Orang yang kita kenal semasa bercinta dan selepas kawen tak semestinya orang yang sama walaupon orang yang sama"..
* korang x paham, pandai-pandai la cari sendiri.. ahaks

Credit to google..
Suweet pulak tgk.. Terasa nak kawen esok..
Nah aku bagi kebaikan dan keburukan bercinta sebelum kawen dengan selepas kawen

Keburukan 
First thing, baru nak mengenali pasangan kita tu daripada zero. Baru nak tau apa yang dia tak suka. Macam mana kalau si pasangan itu panas baran ke?Kita buat benda yang dia tak suka ke?Terus dia mengamuk terus bercerai berai. Masalah jugak tu. Lagi yang parah dibuatnya dah kahwin baru nak tau si pasangan ni penagih dadah tak pun suka dengan kaum sejenis?Tak ke naya tuuuuu...lebih2 lagi kalau pasangan pilihan ibu bapa. Bukan nak salahkan yang memilih,tapi manusia zaman sekarang pandai berlakon dan berpura2 lebih2 lagi depan orang tua.(tapi selalu nya pasangan yg dipilih oleh ibu bapa ni org yg betul,iyela dah kena testing dulu dgn mak bapak kita).

Kebaikan
Hubungan yang dihalalkan oleh ALLAH dan diredhai, hubungan yang halal ini lebih nikmat untuk dirasai, berada pada landasan Islam, hidup lebih diberkati dan kasih sayang juga semakin erat. hubungan yg baru nak kenal hati budi masing2,x la jemu kan? baru rasa nak bercinta
(macam cerita nur kasih..nur amina dan adam)hehehe.
Seperti yang kita semua tahu kedua2 nya ada pro dan kontra nya kan? Cuma cara kita nak menangani nya.Setiap perkara ada batas2 nya.Kenapa kita tak ikut je kan?Pada zaman sekarang lebih elok kita mengenali dulu serba sedikit tentang bakal pasangan kita,kerana manusia zaman sekarang tidak sama macam zaman tok nenek kita.Kalau dah jadi suami atau isteri kita baru nak menyesal,tak berguna jugak kan?Mungkin lebih elok berkawan dahulu sebelum kahwin kenal dulu hati budi dan betul2 BERCINTA selepas sah menjadi suami isteri.


No comments:

Post a Comment